VT Markets APP

Berdagang Mata Wang, Emas dan banyak lagi

Muat Turun

Pertandingan Pedagang King of the Hill.

Pertandingan pedagang kami yang paling popular kembali lagi. Berdagang sekarang untuk memenangi bahagian anda sebanyak USD 200,000

Daki ke tangga teratas dan jadilah pedagang terunggul.
Lakukan dagangan yang berkelayakan dari 1 November 2023 – 31 Januari 2024 dan pertaruhkan tuntutan anda daripada kumpulan hadiah bernilai USD200,000.
Selain itu, daftar masuk King of the Hill sekarang dan terima 1,000 mata ClubBleu, tiada syarat dikenakan.

Prizes

  • Kedudukan 1

    USD15,000
  • Kedudukan 2

    USD5,000
  • Kedudukan 3

    USD2,000
  • Kedudukan 4

    USD1,000
  • Kedudukan 5

    USD1,000
  • Kedudukan 6-10

    USD500
  • Kedudukan 11-20

    USD250

3 langkah untuk memenangi hadiah wang tunai yang menarik

  • Deposit

    Cipta akaun baharu (tiada sejarah dagangan) dan buat deposit minimum sebanyak USD200.

  • Dagangan

    Mulakan dagangan untuk mendapatkan tempat pada papan pendahuluan berdasarkan keuntungan anda.

  • Menang

    Menangi hadiah berdasarkan kedudukan anda pada papan pendahulu.

  • Sertai sekarang

Apakah itu ClubBleu

ClubBleu ialah program kesetiaan terbaik VT Markets. Peroleh mata daripada setiap dagangan yang berjaya dan gunakan mata ini untuk menebus ganjaran eksklusif:

  • Perangsang keuntungan

  • Diskaun deposit

  • Penyelamat kerugian

  • Wang tunai

Semua peserta King of the Hill akan menerima 1,000 mata ClubBleu. La boleh ditebus untuk hadiah yang dikemuka di atas atau sehingga 10 pusingan secara percuma dalam promosi ClubBleu Spin the Wheel kami — anda bole menang sebanyak USD 500 setiap putaran!

Lihat terma dan syarat

Terma dan Syarat Pertandingan “Pedagang Unggul” VT Markets

Promosi ini sah dari 01/11/2023 hingga 31/01/2024

Promosi ini ditawarkan oleh VT Markets LLC (“Syarikat” atau “VT Markets”) bagi klien Syarikat.

  1. VT Markets akan menawarkan promosi ini kepada klien baharu dan sedia ada mengikut budi bicara. Jika anda tidak pasti tentang kelayakan penyertaan anda, sila hubungi [email protected].

    Divisyen Negara-negara
    1 China, Hong Kong, dan Macau
    2 Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam dan India
    3 Mana-mana negara lain yang akaun VT Markets langsung boleh dibuka
  2. Klien baharu yang mahu menyertai pertandingan dikehendaki untuk membuka akaun langsung baharu (bukan akaun demo) dengan VT Markets. Dengan membuka akaun langsung dengan VT Markets, klien mengakui bahawa mereka telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini serta Terma dan Syarat VT Markets.

  3. Untuk menyertai pertandingan ini, klien hendaklah:

    1. Pilih untuk menyertai peraduan ini melalui Portal Klien VT Markets, yang berada di bawah tab “Pertandingan Dagangan”.

    2. Mohon akaun dagangan langsung (“Akaun Penyertaan”). Pelanggan sedia ada juga mestilah memohon akaun dagangan langsung yang baharu untuk menyertai pertandingan ini.

    3. Biayai Akaun Penyertaan mereka dengan syarat pembiayaan minimum, seperti yang disenaraikan di bawah:

    Divisyen Syarat Pembiayaan Minimum (USD)
    1 500
    2 200
    3 500
  4. Hanya satu Akaun Penyertaan dibenarkan untuk setiap peserta yang layak.

  5. Untuk berkelayakan menuntut hadiah:

    1. Klien mestilah membuat sekurang-kurangnya 5 dagangan pada Akaun Penyertaan mereka sepanjang tempoh pertandingan.

    2. Klien dalam Divisyen 2 dan Divisyen 3 tidak boleh membuat apa-apa pengeluaran atau pemindahan dalaman daripada Akaun Penyertaan mereka sepanjang tempoh pertandingan.

  6. 20 pemenang akan dipilih daripada setiap divisyen berdasarkan jumlah keuntungan mereka (daripada perdagangan tertutup) yang dijanakan sepanjang tempoh pertandingan bawah Akaun Penyertaan mereka.

  7. Pemenang akan menerima hadiah seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:

    Kedudukan Divisyen
    1 2 3
    1 35,000 15,000 35,000
    2 22,500 5,000 15,000
    3 10,000 2,000 10,000
    4 5,000 1,000 5,000
    5 1,000 1,000 1,000
    6-10 500 500 500
    11-20 250 250 250
  8. VT Markets akan mengumumkan pemenang dalam tempoh 10 hari perniagaan selepas pertandingan tamat. Senarai pemenang akan dipaparkan pada tapak web VT Markets.

  9. VT Markets akan menghubungi pemenang selepas senarai tersebut diumumkan. Selepas itu, pemenang mestilah mengesahkan identiti mereka dalam tempoh 15 hari perniagaan atau kehilangan hadiah mereka secara automatik. Mungkin terdapat terma dan syarat tambahan yang menentukan kelayakan setiap pemenang untuk menuntut hadiah.

  10. Peserta pertandingan ini memperakui dan menerima risiko yang wujud dalam dagangan derivatif dan faham bahawa mereka bertanggungjawab secara mutlak dengan semua keputusan dan tindakan dagang mereka sendiri. VT Markets tidak memberikan apa-apa nasihat kewangan atau pelaburan. Peserta perlu mendapatkan nasihat kewangan bebas jika perlu.

  11. VT Markets tidak bertanggungjawab bagi sebarang kemasukan yang hilang, lewat, tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau salah ditujukan.

  12. Permohonan yang menipu, berbilang atau tidak dilengkapkan dengan betul tidak akan diterima.

  13. Peserta yang didapati melanggar Perjanjian Klien VT Markets dalam apa-apa cara akan hilang kelayakan daripada pertandingan, dengan nilai daripada mana-mana hadiah yang dikeluarkan akan dipotong daripada baki akaun mereka.

  14. VT Markets berhak untuk mempelbagaikan, mengubah, menggantikan, menarik balik atau membatalkan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Perubahan kepada Terma ini dan Syarat ini akan tersedia dalam talian dan klien digalakkan untuk menyemak laman web VT Markets dengan kerap untuk mengikuti perubahan terkini.

  15. Sebarang pertikaian atau situasi yang tidak terangkum dalam Terma ini dan Syarat ini akan diselesaikan oleh VT Markets mengikut budi bicara.

  16. VT Markets tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian (termasuk, tanpa had, tidak langsung, khas, kerugian berbangkit atau kerugian keuntungan), kos, perbelanjaan atau kemudaratan yang dialami atau berterusan berkaitan dengan (secara langsung atau tidak langsung) dengan penyertaan pertandingan ini.

  17. Program ini akan ditarik balik pada bila-bila masa yang dipilih oleh VT Markets dan kelayakan promosi tertakluk pada budi bicara mutlak kami.

TERMA DAN SYARAT UMUM

Syarat berikut terpakai kepada semua tawaran kecuali dinyatakan sebaliknya secara jelas:

  1. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama dengan tawaran lain.

  2. Semua tawaran VT Markets hanya tersedia mengikut undang-undang yang berkenaan.

  3. Tawaran VT Markets tidak direka bentuk untuk menukar atau mengubah suai keutamaan risiko individu atau menggalakkan individu untuk berdagang dalam cara yang tidak konsisten dengan strategi dagangan mereka.

  4. Klien hendaklah memastikan bahawa mereka mengendalikan akaun dagangan mereka dalam cara yang konsisten dengan tahap keselesaan dagangan mereka.

  5. Akaun Baharu tertakluk pada kelulusan mengikut prosedur pembukaan akaun VT Markets.

  6. Setiap individu mestilah memastikan bahawa mereka tidak melanggar undang-undang atau peraturan tempatan mereka dengan memohon akaun dengan VT Markets.

  7. Klien tidak dibenarkan untuk menggunakan bonus kredit untuk melindung nilai kedudukan. VT Markets berhak untuk membatalkan kelayakan klien bagi menyertai tawaran bonus kredit, mengalih keluar sebahagian/semua bonus kredit daripada akaun dagangan mereka dan sebahagian/semua keuntungan yang dijana dengan melindung nilai kedudukan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

  8. VT Markets berhak untuk menolak sebarang pemohonan atau petunjuk penyertaan mana-mana promosi mengikut budi bicara mutlak, tanpa perlu memberikan justifikasi atau penerangan sebab penolakan.

  9. VT Markets berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan penyertaan klien dalam tawaran atau promosi sekiranya: a) Churning (pembukaan atau penutupan transaksi secara sengaja untuk menjana bonus atau manfaat berkaitan promosi) dikesan; b) klien didapati melanggar Perjanjian Klien atau melanggar terma dan syarat promosi. Sekiranya terdapat salah laku atau pelanggaran, VT Markets berhak menolak sebarang jumlah bonus daripada akaun dagangan klien.

  10. VT Markets mungkin membuat perubahan kepada terma dan syarat ini pada bila-bila masa dan akan memaklumkan kepada anda tentang perubahan ini dengan menyiarkan terma yang diubah suai pada laman web VT Markets. Anda dinasihatkan untuk meminda Terma ini dengan kerap. Penggunaan laman web VT Markets dan/atau mana-mana perkhidmatan VT Markets yang berterusan menunjukkan penerimaan terma yang diubah suai. VT Markets berhak untuk mengubah suai atau membatalkan sebarang tawaran pada bila-bila masa mengikut budi bicara.

  11. VT Markets boleh menamatkan atau tidak meneruskan promosi pada bila-bila masa mengikut budi bicara.

  12. Semua promosi VT Markets hanya terpakai kepada akaun standard VT Markets melainkan dinyatakan sebaliknya dengan jelas.

  13. VT Markets tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kos, perbelanjaan atau kemudaratan yang dialami berkaitan dengan tawaran ini dan mengikut undang-undang yang tidak dikecualikan daripada Terma ini.

  14. Sekiranya terma dan syarat ini diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris, maka terma versi bahasa Inggeris akan mengatasi versi yang lain sekiranya terdapat ketidaktekalan.

  15. The provider of this offer is VT Markets Limited (MU FSC Limited Liability Company number 201902 GB).

Laman ini menggunakan kuki untuk memberikan pengalaman pengguna yang hebat kepada anda.
Dengan menggunakan vtmarkets.com, anda menerima
dasar kuki kami.