Perkara Utama
- Kos dagangan boleh merangkumi spread (jurang harga beli/jual), komisen (caj broker), serta yuran swap/rollover (caj atau kredit semalaman).
- Spread ialah beza antara harga beli dan harga jual bagi sesuatu instrumen (produk dagangan seperti forex, emas atau kripto).
- Komisen mungkin dikenakan untuk jenis akaun atau produk tertentu, bergantung pada syarat dagangan.
- Yuran swap boleh dikenakan apabila posisi dipegang semalaman, kecuali akaun atau produk tersebut bebas swap (tiada caj swap).
- Pedagang boleh melihat maklumat kos utama dalam aplikasi VT Markets sebelum membuat atau mengurus dagangan.
Apakah Itu Kos Dagangan?
Kos dagangan ialah caj atau perbezaan harga yang perlu diambil kira apabila membuka, memegang, atau menutup sesuatu posisi. Kos ini boleh mengurangkan untung atau menambah rugi, terutama jika anda kerap berdagang atau memegang posisi semalaman.
Dalam aplikasi VT Markets, kos dagangan biasanya merangkumi spread, komisen dan swap. Kos sebenar boleh berubah mengikut instrumen, jenis akaun, keadaan pasaran, saiz dagangan (lot), dan tempoh posisi dibuka.
Jika anda faham kos ini, lebih mudah untuk merancang harga masuk, mengawal risiko, dan menganggar pulangan dengan lebih tepat.
1. Kos Spread
Spread ialah perbezaan antara harga bid dan harga ask.
Harga bid ialah harga untuk anda menjual instrumen. Harga ask ialah harga untuk anda membeli instrumen. Oleh sebab pedagang biasanya membeli pada harga ask dan menjual pada harga bid, spread menjadi sebahagian daripada kos dagangan.
Formula asas:
Spread = Harga Beli – Harga Jual
Dalam aplikasi VT Markets, harga Sell digunakan untuk membuka posisi jual, manakala harga Buy digunakan untuk membuka posisi beli. Beza antara dua harga ini ialah spread.
Bagi dagangan forex, spread biasanya dipaparkan dalam pip (unit kecil pergerakan harga). Untuk indeks, komoditi, mata wang kripto, dan produk CFD (kontrak untuk perbezaan, iaitu dagangan ikut perubahan harga tanpa memiliki aset), spread mungkin dipaparkan dalam mata atau unit harga.
Contoh

Jika BTCUSD memaparkan:
- Harga Sell: 61,670.49
- Harga Buy: 61,687.45
Spread ialah:
61,687.45 – 61,670.49 = 16.96
Ini bermaksud spread BTCUSD ialah 16.96 unit harga.
Dalam aplikasi, spread juga boleh kelihatan sebagai 1,696 mata antara harga Sell dan Buy. Dalam contoh ini BTCUSD dipaparkan dengan dua tempat perpuluhan, jadi 1,696 mata bersamaan 16.96 pergerakan harga.
Bergantung pada produk, platform mungkin memaparkan spread dalam mata, bukan unit harga. Nilai mata sebenar bergantung pada cara harga instrumen itu dipaparkan.
Cara Melihat Kos Dagangan dalam Aplikasi VT Markets
Pedagang boleh menyemak maklumat kos utama terus dalam aplikasi VT Markets sebelum membuat dagangan.
Cara Melihat Spread
Untuk semak spread:
1. Buka aplikasi VT Markets.
2. Pergi ke senarai pantau pasaran atau senarai produk.

3. Pilih instrumen yang anda mahu dagangkan.
4. Lihat harga bid dan harga ask yang dipaparkan pada skrin.

5. Spread dipaparkan di antara harga Sell dan Buy.

Spread boleh berubah ketika pasaran aktif, jadi semak semula sebelum mengesahkan pesanan.
2. Kos Komisen
Komisen ialah caj terus untuk membuka atau menutup dagangan. Ia mungkin dikenakan untuk jenis akaun atau produk tertentu.
Sesetengah akaun (contohnya Standard STP, iaitu pesanan dihantar terus kepada penyedia harga dan kos biasanya “tersembunyi” dalam spread) biasanya memasukkan kebanyakan kos dalam spread. Akaun lain (contohnya Raw ECN, iaitu akses rangkaian penyedia harga dengan spread lebih ketat tetapi komisen berasingan) mungkin menawarkan spread lebih rendah dengan komisen tambahan. Sebab itu, semak syarat akaun sebelum berdagang.
Cara Mengira Komisen
Formula umum:
Jumlah Komisen = Komisen setiap sisi × Bilangan sisi × Bilangan lot
Satu dagangan lengkap biasanya ada dua sisi:
- Buka dagangan
- Tutup dagangan
Contoh
Jika komisen ialah USD 3 setiap lot bagi setiap sisi dan anda berdagang 1 lot, jumlah komisen ialah:
USD 3 × 2 sisi × 1 lot = USD 6
Jika anda berdagang 2 lot, komisen ialah:
USD 3 × 2 sisi × 2 lot = USD 12
Ambil kira komisen apabila mengira jumlah kos dagangan.
Cara Melihat Maklumat Komisen dalam Aplikasi VT Markets
Untuk semak komisen:
1. Buka aplikasi VT Markets.
2. Pilih instrumen yang anda mahu dagangkan, contoh: USDJPY
3. Buka bahagian butiran produk atau spesifikasi.

4. Semak maklumat komisen, jika berkenaan.

5. Semak sama ada kos dipaparkan “setiap lot”, “setiap sisi”, atau “round turn” (jumlah buka + tutup).
Komisen boleh berbeza mengikut jenis akaun dan produk. Semak sebelum membuka posisi, terutama jika membandingkan pilihan akaun.
3. Kos Swap atau Rollover
Swap (juga dipanggil rollover) ialah caj atau kredit yang boleh dikenakan apabila posisi dipegang semalaman.
Kadar swap berkait dengan perbezaan kadar faedah, jenis produk, keadaan pasaran, dan sama ada posisi anda long atau short. Long ialah posisi beli (anda menjangka harga naik). Short ialah posisi jual (anda menjangka harga turun). Swap boleh menjadi kos atau menjadi kredit (ditambah ke akaun), bergantung pada instrumen dan arah dagangan.
Bila Swap Dikenakan
Swap biasanya dikenakan jika posisi masih terbuka selepas waktu rollover pasaran (masa sistem menukar kiraan hari dagangan). Jika anda tutup posisi sebelum waktu rollover, swap biasanya tidak dikenakan.
Jika anda memegang posisi lebih daripada sehari, swap boleh menjadi kos penting, terutama untuk pedagang swing (pegang beberapa hari) atau pedagang posisi (pegang lebih lama).
Cara Mengira Swap
Formula umum:
Kos Swap = Kadar Swap × Saiz Dagangan × Bilangan Malam
Kiraan sebenar boleh berbeza mengikut produk, saiz kontrak, dan jenis akaun. Semak maklumat swap dalam aplikasi sebelum memegang posisi semalaman.
Contoh
Jika kos swap semalaman ialah USD 5 setiap malam dan anda memegang posisi selama tiga malam, jumlah kos swap ialah:
USD 5 × 3 malam = USD 15
Jika posisi dipegang merentasi hujung minggu atau cuti, pelarasan rollover tambahan boleh dikenakan, bergantung pada produk.
Cara Melihat Maklumat Swap
Untuk semak swap:
1. Buka aplikasi VT Markets.
2. Pilih instrumen yang anda mahu dagangkan.

3. Klik tab Info

4. Cari maklumat swap long dan swap short.
Dalam contoh di bawah:
- Swap long untuk posisi beli yang dipegang semalaman. Dalam contoh ini, swap long ialah -78.75 mata, bermaksud ada kos semalaman.
- Swap short untuk posisi jual yang dipegang semalaman. Dalam contoh ini, swap short ialah 27.09 mata, bermaksud anda mungkin menerima kredit swap.
- Swap 3 hari menunjukkan bila swap tiga kali ganda dikenakan (kebiasaannya untuk kiraan hujung minggu). Dalam contoh ini, swap 3 hari dikenakan pada Rabu.

Swap long untuk posisi beli dan swap short untuk posisi jual. Kadar swap boleh berubah, jadi semak maklumat terkini sebelum memegang posisi semalaman.
Cara Mengira Jumlah Kos Dagangan
Jumlah kos dagangan bergantung pada jenis akaun dan sama ada anda memegang posisi semalaman.
Akaun Standard STP
Bagi akaun Standard STP, kos utama biasanya spread dan swap (jika ada).
Jumlah Kos Dagangan = Kos Spread + Swap
Contoh
Seorang pedagang membuka posisi XAUUSD 0.01 lot dengan kos berikut (contoh):
- Kos spread: USD 0.17
- Swap semalaman: USD 0.10
Jumlah kos dagangan ialah:
USD 0.17 + USD 0.10 = USD 0.27
Akaun Raw ECN
Bagi akaun Raw ECN, pedagang biasanya membayar spread raw (spread paling hampir kepada harga pasaran), komisen berasingan, dan swap (jika ada).
Jumlah Kos Dagangan = Kos Spread + Komisen + Swap
Contoh
Seorang pedagang membuka posisi XAUUSD 0.01 lot dengan kos berikut:
- Kos spread: USD 0.08
- Komisen: USD 0.06
- Swap semalaman: USD 0.10
Jumlah kos dagangan ialah:
USD 0.08 + USD 0.06 + USD 0.10 = USD 0.24
Mengapa Kos Dagangan Penting
Kos dagangan nampak kecil, tetapi memberi kesan kepada prestasi jangka panjang. Ini lebih ketara jika anda kerap berdagang, guna strategi jangka pendek, atau buka posisi lebih besar.
Contohnya, scalper (pedagang yang masuk dan keluar banyak kali dalam sehari) lebih terkesan oleh spread dan komisen. Pedagang swing yang memegang posisi beberapa hari pula lebih terkesan oleh swap.
Petua Mengawal Kos Dagangan
Anda boleh mengawal kos dagangan dengan menyemak kos utama sebelum membuka atau memegang posisi.
- Semak spread sebelum masuk: Spread boleh berubah ketika pasaran aktif. Semak harga Sell dan Buy sebelum sahkan pesanan.
- Semak komisen ikut jenis akaun: Ada akaun yang memasukkan kos dalam spread, ada yang beri spread lebih ketat tetapi komisen berasingan. Rujuk syarat dagangan akaun anda.
- Semak swap sebelum pegang semalaman: Swap dikenakan jika posisi kekal terbuka selepas waktu rollover. Swap negatif menambah kos, swap positif memberi kredit.
- Bandingkan struktur kos akaun: Akaun berbeza sesuai untuk gaya dagangan berbeza. Pedagang jangka pendek fokus pada spread dan komisen, pedagang lebih lama fokus pada swap.
- Berhati-hati ketika pasaran tidak stabil: Spread boleh melebar ketika berita besar, pembukaan pasaran, atau kecairan rendah (jumlah jual beli sedikit). Semak kos semula sebelum berdagang pada waktu ini.
Soalan Lazim
Apakah kos dagangan utama?
Kos utama ialah spread, komisen dan swap. Kos sebenar bergantung pada produk, jenis akaun, saiz dagangan (lot), dan tempoh pegangan.
Bagaimana saya kira spread?
Spread dikira dengan menolak harga bid daripada harga ask. Contohnya, jika harga bid ialah 1.08500 dan harga ask ialah 1.08510, spread ialah 0.00010, atau 1 pip (unit kecil pergerakan harga forex).
Adakah setiap dagangan ada komisen?
Tidak semua dagangan ada komisen berasingan. Komisen bergantung pada jenis akaun, produk dan syarat dagangan. Ada akaun yang memasukkan kos dalam spread, manakala ada yang mengenakan komisen berasingan.
Bila swap dikenakan?
Swap boleh dikenakan apabila posisi dipegang semalaman. Jumlahnya bergantung pada produk, arah dagangan (beli/jual), jenis akaun, dan kadar swap yang dipaparkan dalam aplikasi.